Tuesday, June 21, 2011

MASIHKAH KAU INGAT? 


Sewaktu   kita   sama-sama   duduk   di bangku   sekolah    rendah,kau  curi






 stokin   kiri   aku   ketika   matapelajaran   senaman  semata-mata   hendak


   mendapatkan   perhatian aku. puas  aku  mencari  tetapi kau tetap buat tak


 peduli.hanya selepas aku menangis teresak-esak,barulah ... kau datang


memulangkannya kepadaku dengan senyuman kelat. Ketika itu aku benar-benar   


 bencikan kau.Melihat wajah tak bersalah kau yg d buat-buat pada waktu itu


 memang sangat memualkan.Setiap kali kau memandang aku,aku membalasnya


 dengan jelingan tajam.Namun kau tetap buat bodoh.Entah sama ada kau


 benar-benar buat bodoh ataupun kau memang benar2 bodoh. Masihkah kau


 ingat? Sewaktu aku pulang dari kedai runcit,kau datang dengan berbasikal


 menghampiri aku.Kau mengganggu aku dengan ejekan dan usikkan 


nakal.Namun aku tetap buat tak endah.Aku tak suka dengan sikap kau sebagai




pelajar nakal di dalam kelas.Bukan sahaja nakal malah gatal.Tiba-tiba basikal 


'chopper' yang kau tunggangi termasuk ke dalam parit.Wajah kau tersembam di


 dalam lumpur.Kau masih lagi cuba untuk senyum biarpun seluruh wajah kau di 


penuhi dengan kotoran.Tanpa sedar,aku ketawa bagai nak gila dan tanpa sedar


 juga,aku mulai menyenangi diri kau. Masihkah kau ingat? Sewaktu kita berada


 di alam sekolah menengah,kau menyambung pelajaran ke utara kerana 


mengikuti ibu bapa kau berpindah ke sana.Sebelum berangkat keesokan 


harinya ,kau sanggup datang ke rumahku pada waktu malam dan membaling 


katak puru ke dalam bilikku melalui tingkap yang separuh terbuka hanya 


kerana ingin bertemu denganku.Aku tidak tahu bagaimana kau tahu yang aku


 benci dengan katak puru.Masakan tidak ,katak puru yang kau baling


 masuk,jatuh betul-betul di atas riba.Aku menjerit sekuat-kuat hati dan ketika


 memandang ke tingkap,aku lihat kau ketawa terbahak-bahak.Kemudian aku


 menangis dan ketawa dalam masa yang sama. Masihkah kau ingat? Kau yang


 begitu kubenci di zaman kanak-kanak,tiba-tiba menjadi seorang lelaki yang


 begitu kurindu.Aku rindu kenakalanmu yang dahulunya aku benci,aku rindu


 ketawamu yang dahulunya aku geram,aku rindu kehadiranmu yang dahulunya


 aku elak.Entah mengapa jadi begitu,aku sendiri tidak mengerti.Kau yang


 kusangka telah melupakan aku,tiba-tiba menghantar sepucuk surat kepadaku


 pada suatu hari.Aku benar-benar terkejut tetapi dalam masa yang sama


 gembira menerima kiriman surat itu.Seakan tidak percaya,kau begitu berani


 meluahkan perasaan kepadaku di dalam surat itu. Masihkah kau ingat? Kita


 bertemu buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun tidak bersua rupa di


 sebuah kedai minum.Sungguh besar perubahan pada dirimu aku saksikan.Kau


 kulihat sangat matang dengan kumis lebat dan janggut persis bintang pentas 


seni suara.Hampir-hampir aku tidak dapat mengecam wajahmu kalau bukan 


kerana katak puru yang sengaja kau simpan di atas mejaku pada waktu itu


.Aku bukan lagi seorang gadis sepertimana kau kenali dahulu.Aku sudah dewasa


 dan tidak takut lagi dengan katak puru.Tetapi aku sungguh gembira kerana


 kau masih lagi ingat padaku.Disaksikan oleh puluhan pengunjung,kau


 meluahkan perasaanmu terhadapku.Aku tidak marah malah aku sebenarnya


 menunggu kata-kata seperti itu keluar dari mulutmu. Masihkah kau ingat? Kita


 menjadi pasangan yang dicemburui oleh semua orang.Aku bahagia berada di


 sampingmu setelah bertahun-tahun kehilanganmu..Kini kau sudah dewasa dan


 mampu untuk membuat keputusan sendiri.Bukan lagi seorang remaja yang

hanya mampu menuruti segala perintah orang dewasa.Begitu sifat


 kematanganmu terserlah,kenakalanmu masih tetap tidak pudar.Kau sungguh 


gemar mengusikku.Kemudian aku akan merajuk dan kau pula datang


 memujuk.Aku hanyut di buai kata-kata manis yang kau ucapkan.Tidak sabar


rasanya menunggu kau untuk datang melamarku dengan senyuman. Masihkah 


kau ingat? Sewaktu kita keluar bersama di taman tasik.Kita berjalan 


berpegenggan tangan dan ketawa riang.Kau mengusik dan aku malu-malu


.Lantas aku mengejar dan kau berlari.Kemudian kita sama-sama



kepenatan.Duduk berlujur di gigi air.Kau melihat aku bermengah-mengah dan


 aku melihat kau ketawa mengejek. Masihkah kau ingat? Sewaktu kita berjalan


 ke kedai pak koncoro dan membeli minuman.Aku mahu teh bunga sedangkan


 kau pula mahu minuman berkarbonat.Kau meminta aku membayar harga


minuman itu dengan alasan dompet kau hilang tanpa khabar berita tanpa aku


 menyedari bahawa aku sendiri tidak membawa duit.Kemudian kau mengajak


 aku berlari sambil membawa air minuman di tangan tanpa


 membayarnya.Disebabkan aku mengenakan baju kebaya,aku tidak mampu


 berlari dengan laju manakala kau sudah jauh mendahului aku.Kemudian aku 


berjaya di tahan oleh pihak berkuasa dan kau pula hilang entah ke mana.


 Masihkah kau ingat? Kalau kau tak boleh ingat,kau memang tak guna sebab 




aku memang ingat semua.Disebabkan kau, muka aku yang comel ni masuk


 suratkhabar.Ditahan polis kerana mencuri air kotak.Semua orang ketawakan 


aku,kau tahu tak? Jangan berani tunjuk muka depan aku lagi.Kalau tidak,aku


 suruh bapak aku tembak!!!! Yang masih ingat, Malas aku nak ingatkan.......




. heeeeehuhuhuuhu...hahaaaahhahahahahahaahahahahahahahahahahahaha
hahah tiada kena megenak dgn saya saja mau bercerita hahahaha

No comments:

Post a Comment