copy dari : http://2000n.wordpress.com/category/nusantara/
Bercerita tentang fakta kesultanan Sulu di Sabah memang tidak dapat dinafikan berdasarkan fakta Sejarah dan Perjanjian Pajak Gadai 1881 (Perjanjian Bulan dan Bintang) diantara Sultan Sulu dan B.N.B.C (Syarikat Bristish) sehinggalah kedaulatan itu diambil-alih oleh kerajaan British pada tahun 1946.
Namun Hak Sultan Sulu tetap terjamin dan di-iktiraf oleh British bila waris terakhirnya Dayang Dayang Piandoa membawa kesnya ke Mahkamah Bristish pada tahun 1930 yang memberikan hak kepada beliau untuk menjadi pewaris sah Kesultanan Sulu yang berada di North Borneo pada masa itu dan berhak untuk meneruskan tuntutannya terhadap Perjanjian Bulan dan Bintang 1881 itu dengan memperolehi wang sewaan bernila 5,000 fens (Wang Spain), tetapi hari ini telah digantikan dengan wang berbentuk RINGGIT MALAYSIA yang terus diterima oleh waris waris yang berada di Sulu iaitu Sultan Ismail Kiram dan Keluarganya.
Niat baik Kesultanan Sulu terhadap kerajaan Malaysia harus dipandang secara positif dan tidak seharusnya kita berpandangan prejudis terhadap mereka apabila mereka memperjuangkan hak mereka terhadap apa yang sepatutnya mereka perolehi mengikut perjanjian ‘Bulan dan Bintang’ 1881.
Dalam Isu perjanjian dan soal pembayaran yang telah menjadi perjajian diantara kerajaan dan kerajaan sepatutnya tidak timbul sama sekali kerana kita memang sudah biasa dengan perkara ini dan telah berjalan lama sebagai satu perjanjian yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.
Sebenarnya Sabah amat beruntung kerana, kerana harga Pajakan diantara kesultanan Sulu dan British hanyalah RM 5,000.00 ringgi Setahun atau RM 13.69 sen sehari benbanding harga sewa sebuah kereta kancil RM 80.00 sehari dan perkara ini juga berlaku diantara KeSultanan Kedah dan Pulau Pinang dimana Kerajaan negeri Pulau Pinang juga perlu membayar sewa pajak terhadap Pulau ini sebanyak RM 10,000.00 setahun menurut Perjanjian Bulan dan Bintang 1876 diantaran Francis Ligth dan Sultan Kedah dan sewa berkenaan dibayar Kepada Keluarga Diraja Kedah sehingga hari ini.
Pulau Pinang yang sebesar Pulau Banggi itu dapat sewaan RM 10,000.00 setahun sementara Sultan Sullu Cuma dapat RM 5,000.00 setahun walau pun luas Geograpi Sabah hampir 10 Negeri di Semanjung Malaysia.
Begitu juga halnya diantara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor yang perlu membayar Beratus billion ringgit dan perlu membayar 1 Billion setahun kepada Negeri Selangor kerana pajakan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tetapi tidak pula membayar Pulau Labuan.
mmg aq setuju 100 % apa yg dia cakap nh......
No comments:
Post a Comment