Monday, August 1, 2011

RAMADHAN AL MUBARAK BULAN RAHMAT

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang
keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada
 Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud
 : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-



2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan
 penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. -
 Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud
 : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. -
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-



4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara
keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan
kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
 Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya:
 Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda :
 Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang
 engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-


5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
 Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan
Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang
 menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka
dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut
orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan
keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
 -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Saturday, July 30, 2011

chords cinta muka buka - najwa latif -

D
Kita berkenalan hanya dlm laman muka buku,
A
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu 
Bm G
ooooohhh wooo .. hatiku rasa sesuatu ..


D
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku ,
A
ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu ,
Bm G
ooooohhh wooo .. benarkah rasa itu ..


D A
Bagaimana , harus bersua ,
Bm G
ku rasa gementar tetapi bahagia ,
D A
perlukah kita , hadir peluang pertama ,
Bm G
walaupun kita tak pernah berjumpa ..


D A
Banyak persoalan yg brada diminda ,
Bm
banyak tanda tanya dan juga kata cinta ,
G
otak kata jangan hati pula kata ya ,
D
hidup tak menentu adakah ini cinta ..


D A
Banyak soalan banyak juga jawapannya ,
Bm
kata hati dan rasa x dibiar saja ,
G
setiap yg berlaku ada kebaikannya ,
D
harus pejam mata dan cuba apa saja .


D

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
A Bm
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
G
Ini cinta remajaku


D
Dan pabila kau katakan kau suka aku
A Bm
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
G D
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..


D A
Bagaimana harus bersua
Bm G
Ku rasa gementar tapi bahagia
D A
Perlukah kita beri peluang pertama
Bm G
Walaupun kita tak pernah berjumpa


D A
Banyak persoalan yang berada di minda
Bm
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
G
Otak kata jangan hati pula kata ya
D
Hidup tak menentu adakah ini cinta


D A
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Bm
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
G
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
D
Harus pejam mata dan cuba apa saja


D
Pabila kau katakan kau suka aku
A Bm G
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
G
Itulah cinta yang satu
D
Cinta di muka buku

Sunday, July 3, 2011

Sejarah Perang Brunie

Pada tahun 1564 angkatan Spanyol yang diketuai oleh Miguel Lopez de Legazpi telah berlayar ke Pulau-pulau di Filipina melalui lautan Pasifik dan tiba di Cebu pada 13 Febuari 1565

Pada mulanya, mereka tidak dapat mendarat di Cebu kerana tentangan pahlawan Islam Cebu. Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke Mindanao dan mendapat tentangan daripada pahlawan Islam di sana. Dalam keadaan terdesak pada 27 April 1565 mereka berpatah balik ke Cebu dan menyerang Cebu.

Cebu dapat ditundukkan, kemudian, mereka bergerak ke Luzon. Dalam tahun 1570 Legazpi telah Cuba menduduki Manila yang diperintah oleh Raja Sulaiman tetapi tidak berjaya. Pada tahun 1571 Spanyol datang lagi ke Manila dan menyerangnya. Raja Sulaiman mempertahankan wilayah Islam Manila dan telah syahid di dalam pertempuran yang berlaku pada 3 Jun 1571 itu.

Pada tarikh tersebut de Legazpi berjaya menduduki Manila dan mengisytiharkan bahawa Manila sebagai pusat pemerintahan Spanyol di timur.

Keturunan Raja Sulaiman beberapa kali cuba menawan kembali Manila tetapi tidak berjaya.

Perancangan Manlia tersekat dengan kewujudan Sultan Brunie dan pengaruh Islam di Manila sendiri, Suluk dan Mindanao

Sejak Sultan Sulaiman dikalahkan, Spanyol berusaha menghapuskan Islam dan pengaruh Brunei di Kepulauan Luzon. Bagi Spanyol, jika Brunei masih menjadi pusat pengembangan Islam sukar baginya untuk menyebarkan ajaran Kristian.

Pada tahun 1573 de Legazpi mati dan ia diganti oleh Guido de Levazaris. Pada tahun itu diutus utusan meninjau Brunei. Mereka menghadap Sultan Saiful Rijal dan mengharapkan Sultan menerima paderi di Brunei. Sultan sangat murka lebih-lebih lagi Spanyol yang merampas peniaga-peniaga di kepulauan Luzon.

Menerima paderi duduk di Brunei bukanlah satu perkara yang besar bagi sesetengah pihak, tetapi, jika ada permulaan maka akan ada langkah seterusnya.

Seperti halnya di Manila, bermula dari situ, maka satu persatu wilayah Islam Filipina ini dihapuskan.

Pada Mac 1578, Dr. Francisco De Sande Kapten Spanyol di Manila bertolak ke Brunei dengan 40 kapal perang yang diketui oleh kapal Santiago. Ia sampai ke perairan Brunei dan mengutuskan surat kepada Sultan Saiful Rijal meminta baginda menerima pederi Kristian. Baginda bertegas untuk tidak menerimanya. Untuk apa mengalah. Hasilnya, pada 14 April 1578 de Sande melanggar Brunei dan mengisytiharkan Brunei adalah tanah jajahan Spanyol. Siri peperangan ini dipanggil dengan nama perang Kastila.

Sultan berundur ke Jerudong dan ke satu tempat dinamakan Pulau Raja. Bendara Sakam yang mengiringi Sultan kemudian kembali ke Brunei dan menghimpunkan pahlawan-pahlawan Islam.

Pada 1578, Pengeran Bendaraha Sakam memimpin serangan kembali ke Brunei. De Sande dapat dikalahkan dan lari meninggalkan Brunei. Pasukannya dikejar sehingga ke Nausung (Sabah).

Spanyol telah membakar Brunei sebelum meninggalkannya. Mereka membakar masjid dan memusnahkan Makam Sultan Bolkiah. Banyak harta diambil sekali.

Pada 4 Mac 1579 Spanyol datang lagi diketuai oleh Kapten Don Juan Arce de Sadornil. Walaubagaimana pun akhirnya mereka berundur kerana melihat pertahanan muslim Brunei yang sekali-kali tidak pernah mahu mengalah walau hanya menerima paderi di bumi Brunei.

Berikutan kekalahan de Sande di Brunei, di memerintahkan Kapten Estaven Rodriguez de Figure meneruskan perjalanan ke Sulu dan menawan Sulu agar dapat menyekat pengaruh Islam dari Brunei.

Serangan ke atas Sulu berjaya apabila raja Sula menyerah diri kepada Spanyol. Kemudian de Sande memerintahkan agar armada ini menawan Mindanao. Tujuannya melemahkan sekitar Brunei dan pengaruh Islam yang dipimpinnya dan seterusnya meneruskan operasi Kristian.

Kapten Estaven Rodriguez tidak mampu untuk menundukkan Mindanao lalu dikirimkan Panglima baru iaitu Kapten Gabriel de Revira pada 1579. Apa yang berlaku di Brunei sama di Mindanoa. Mereka membakar masjid Mindanao.

Sultan Dimansaky menentang Spanyol. Pada peringkat awal Sultan terpaksa berundur ke pendalaman. Pada kurun ke 17, Sultan Kudrat mengetuai muslimin di Mindanao.

Spanyol silap di dalam menilai orang Brunei. Padanya ia selemah orang Manila yang setelah ditawan terus dapat menerima telunjuk Spanyol termasuk penyerapan paderi Kristian. Tetapi rupanya, kebangkitan pahlawan Brunei berterusan sehingga terusirnya Spanyol dari bumi Brunei.

Apa yang terjadi kepada Brunei dan apa jadi pada Manila dan Sulu?. Brunei tetap mengekalkan keadaan Islamnya tetapi Manila hanya tinggal sejarah. Kenapa Brunei boleh bertahan? Ini kerana, sejak awal mereka tidak mengizinkan langkah pertama, tidak menyerah walau sejengkal, tidak berganjak walau sedikiti pendirian mereka.

Tuesday, June 21, 2011

MASIHKAH KAU INGAT? 


Sewaktu   kita   sama-sama   duduk   di bangku   sekolah    rendah,kau  curi






 stokin   kiri   aku   ketika   matapelajaran   senaman  semata-mata   hendak


   mendapatkan   perhatian aku. puas  aku  mencari  tetapi kau tetap buat tak


 peduli.hanya selepas aku menangis teresak-esak,barulah ... kau datang


memulangkannya kepadaku dengan senyuman kelat. Ketika itu aku benar-benar   


 bencikan kau.Melihat wajah tak bersalah kau yg d buat-buat pada waktu itu


 memang sangat memualkan.Setiap kali kau memandang aku,aku membalasnya


 dengan jelingan tajam.Namun kau tetap buat bodoh.Entah sama ada kau


 benar-benar buat bodoh ataupun kau memang benar2 bodoh. Masihkah kau


 ingat? Sewaktu aku pulang dari kedai runcit,kau datang dengan berbasikal


 menghampiri aku.Kau mengganggu aku dengan ejekan dan usikkan 


nakal.Namun aku tetap buat tak endah.Aku tak suka dengan sikap kau sebagai




pelajar nakal di dalam kelas.Bukan sahaja nakal malah gatal.Tiba-tiba basikal 


'chopper' yang kau tunggangi termasuk ke dalam parit.Wajah kau tersembam di


 dalam lumpur.Kau masih lagi cuba untuk senyum biarpun seluruh wajah kau di 


penuhi dengan kotoran.Tanpa sedar,aku ketawa bagai nak gila dan tanpa sedar


 juga,aku mulai menyenangi diri kau. Masihkah kau ingat? Sewaktu kita berada


 di alam sekolah menengah,kau menyambung pelajaran ke utara kerana 


mengikuti ibu bapa kau berpindah ke sana.Sebelum berangkat keesokan 


harinya ,kau sanggup datang ke rumahku pada waktu malam dan membaling 


katak puru ke dalam bilikku melalui tingkap yang separuh terbuka hanya 


kerana ingin bertemu denganku.Aku tidak tahu bagaimana kau tahu yang aku


 benci dengan katak puru.Masakan tidak ,katak puru yang kau baling


 masuk,jatuh betul-betul di atas riba.Aku menjerit sekuat-kuat hati dan ketika


 memandang ke tingkap,aku lihat kau ketawa terbahak-bahak.Kemudian aku


 menangis dan ketawa dalam masa yang sama. Masihkah kau ingat? Kau yang


 begitu kubenci di zaman kanak-kanak,tiba-tiba menjadi seorang lelaki yang


 begitu kurindu.Aku rindu kenakalanmu yang dahulunya aku benci,aku rindu


 ketawamu yang dahulunya aku geram,aku rindu kehadiranmu yang dahulunya


 aku elak.Entah mengapa jadi begitu,aku sendiri tidak mengerti.Kau yang


 kusangka telah melupakan aku,tiba-tiba menghantar sepucuk surat kepadaku


 pada suatu hari.Aku benar-benar terkejut tetapi dalam masa yang sama


 gembira menerima kiriman surat itu.Seakan tidak percaya,kau begitu berani


 meluahkan perasaan kepadaku di dalam surat itu. Masihkah kau ingat? Kita


 bertemu buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun tidak bersua rupa di


 sebuah kedai minum.Sungguh besar perubahan pada dirimu aku saksikan.Kau


 kulihat sangat matang dengan kumis lebat dan janggut persis bintang pentas 


seni suara.Hampir-hampir aku tidak dapat mengecam wajahmu kalau bukan 


kerana katak puru yang sengaja kau simpan di atas mejaku pada waktu itu


.Aku bukan lagi seorang gadis sepertimana kau kenali dahulu.Aku sudah dewasa


 dan tidak takut lagi dengan katak puru.Tetapi aku sungguh gembira kerana


 kau masih lagi ingat padaku.Disaksikan oleh puluhan pengunjung,kau


 meluahkan perasaanmu terhadapku.Aku tidak marah malah aku sebenarnya


 menunggu kata-kata seperti itu keluar dari mulutmu. Masihkah kau ingat? Kita


 menjadi pasangan yang dicemburui oleh semua orang.Aku bahagia berada di


 sampingmu setelah bertahun-tahun kehilanganmu..Kini kau sudah dewasa dan


 mampu untuk membuat keputusan sendiri.Bukan lagi seorang remaja yang

hanya mampu menuruti segala perintah orang dewasa.Begitu sifat


 kematanganmu terserlah,kenakalanmu masih tetap tidak pudar.Kau sungguh 


gemar mengusikku.Kemudian aku akan merajuk dan kau pula datang


 memujuk.Aku hanyut di buai kata-kata manis yang kau ucapkan.Tidak sabar


rasanya menunggu kau untuk datang melamarku dengan senyuman. Masihkah 


kau ingat? Sewaktu kita keluar bersama di taman tasik.Kita berjalan 


berpegenggan tangan dan ketawa riang.Kau mengusik dan aku malu-malu


.Lantas aku mengejar dan kau berlari.Kemudian kita sama-sama



kepenatan.Duduk berlujur di gigi air.Kau melihat aku bermengah-mengah dan


 aku melihat kau ketawa mengejek. Masihkah kau ingat? Sewaktu kita berjalan


 ke kedai pak koncoro dan membeli minuman.Aku mahu teh bunga sedangkan


 kau pula mahu minuman berkarbonat.Kau meminta aku membayar harga


minuman itu dengan alasan dompet kau hilang tanpa khabar berita tanpa aku


 menyedari bahawa aku sendiri tidak membawa duit.Kemudian kau mengajak


 aku berlari sambil membawa air minuman di tangan tanpa


 membayarnya.Disebabkan aku mengenakan baju kebaya,aku tidak mampu


 berlari dengan laju manakala kau sudah jauh mendahului aku.Kemudian aku 


berjaya di tahan oleh pihak berkuasa dan kau pula hilang entah ke mana.


 Masihkah kau ingat? Kalau kau tak boleh ingat,kau memang tak guna sebab 




aku memang ingat semua.Disebabkan kau, muka aku yang comel ni masuk


 suratkhabar.Ditahan polis kerana mencuri air kotak.Semua orang ketawakan 


aku,kau tahu tak? Jangan berani tunjuk muka depan aku lagi.Kalau tidak,aku


 suruh bapak aku tembak!!!! Yang masih ingat, Malas aku nak ingatkan.......




. heeeeehuhuhuuhu...hahaaaahhahahahahahaahahahahahahahahahahahaha
hahah tiada kena megenak dgn saya saja mau bercerita hahahaha

delima tausug

......tausug atau suluk.......kemana hilangnya daulat mereka. hari ini kita sering di gemparkan dengan berita mengejut iaitu ramai orang yang mengelar diri mereka sebagai sultan sulu sampai laa ke negeri china daulat sulu terus dicari......suluk ialah sebuah empayar besar yang mempunyai ikatan baik dengan melaka,jawa, dan empayar china...tapi kemana hilangnya empayar ini tidak seperti melaka yang telah menjadi empayar kerajaan johor sehingga ke hari ini....tidak pada suluk mereka terus dan terus mencari dan mengambil hak yang sepatutnya mereka miliki....mari kita cari puncanya.....kita mulakan dari perang salib dulu....kurdi adalah satu bangsa besar yang mana telah melahirkan seorang pahlawan islam salahuddin al-ayubi. Salahuddin al-ayubi  pernah menjatuhkan hati singa "the lion heart" yang telah memerintah tanah palastine selama 100 tahun akhirnya pulang dengan kekalahan yang teruk......dan dia juga laa yang telah menamatkan perang salib....apa bila penjajah sampai mereka perlu pastikan yang bangsa ini tidak punya negara....apabila sampai masa mereka ingin memberi  tanah yang mereka jajah kepada orang yang dijajah...mereka tidak menyiapkan peta negara kurdi.....apabila negara tidak wujud maka mereka tidak ada tempat untuk bertapak dan menjadi bangsa yang hanyut seperti perahu yang tidak ada tambatan.....kemana-mana mereka pergi akan menjadi pelarian dan tidak akan bangkit menetanag mereka semula dan ini program yang dibuat oleh penjajah@ freemason.....dan tausug atau sulu pula ialah satu bangsa dinusantara yang telah membunuh Megellan seorang belanda yang telah menemukan jalan dari timur kebarat dan telah berlayar atas nama  spanyol...Megellan telah terbunuh di cebu......dan penjajah tidak berjaya untuk menawan tanah sulu.....tesebut...apabila USA masuk ke filipina dan telah membuat peta dengan menyatakan bahawa tanah sulu sebahagian dari tanah jajahn mereka....maka dari sana laa punca dan sebab sampai sekarang sulu masih tidak punya negara hanya menjadi pelarian....hanyutnya daulat bangsa terhinanya agama....sulu kini hanya diperintah oleh kerajan yang bukan islam dan lebih teruk lagi mereka di seksa sewaktu zaman marcus dimana setiap mereka mesti meletakn kepala babi di depan rumah...dan sewaktu zaman USA buku-buku sejarah bangsa ini di bakar....ramai yang terbunuh.....sekian...info dari ustaz ahaji abdul halim..(kedah)...http://www.youtube.com/user/asreemoro?blend=12&ob=5#p/a/u/1/mb5PdmNwlX0..dengan tambahan dari saya sendiri


Sunday, June 12, 2011

KHAZ SULU ERMMM KNPA SULU EK???

Heheheheh hye guys kowg dah tgok blog aq nh baik kowg baca je  sampai habis heheheh oke ermmm bnyk member tnye sulu too ape.....n ade yg tau too  dowg tnye aq org sulu ke.....ermmm sebenarnya yupz sulu tapi x bermakna aq org suluk atau tausug......aq bajau yang mana salah satu rumpun sulu....mcm melayu juak ada bnyk rumpunkn....ape yang penting kita manusia....dan islam bersaudara hehehe saje je nak bg terangkn.....n sulu juak ialah nama laut bersebelahan dgn laut sulawesi dan laut cina selatan dan tempat saya di lahirkn betul2 berada dkt ats laut sulu semporna lsabah heheeh s sy gelar laa diri saya khaz sulu.....so sapa2 yang agak2 x seteju dengan pendapat saya boleh komen dan saya akn terangkan dg lebih lanjut lagi......

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

SEMPENA HARI GURU AKU ANAK SULU  MEMBAWAKAN SATU PETIKKAN BERKENAAN GURU YG DI COPY DARI BLOG BAHASA PONDOK SEBAGAI BAHAN BACAAN KITA SEMUA SEMOGA KITA MENDAPATI SEDIKIT ILMIAH DARINYA :- 

Dari mana datangnya "guru bangsa"? Sebelum Abdurrahman Wahid disebut-sebut sebagai "guru bangsa" belakangan ini -setelah ia meninggalkan kita- istilah ini ramai digunakan ketika partai-partai menyiapkan calon presiden dan wakil presiden menjelang pemilihan presiden 2004. Salah satu kandidat calon presiden, Nurcholish Madjid, disebut-sebut sebagai "guru bangsa", dan muncul pendapat, sayang kalau Cak Nur menjadi presiden, karena Indonesia akan kehilangan seorang "guru bangsa" yang dibutuhkan. Akhirnya Nurcholish memang mengundurkan diri, bukan karena ia ingin menjadi "guru bangsa", melainkan karena pemilihan calon presiden kala itu menurut cendekiawan ini memerlukan dana besar dan ia tak memilikinya.

Kamus Besar Bahasa Indonesia edisi 2001 belum mencantumkan istilah ini, baik pada lema "guru" maupun "bangsa". Yang ada "bapak bangsa", yang artinya "bapak perjuangan kemerdekaan, perintis dan pendiri negara republik". Tampaknya istilah "guru bangsa" hasil analogi "bapak bangsa". Tapi apa artinya?

Abdurrahman Wahid disebut-sebut sebagai "bapak pluralisme", bisa menerima siapa saja tanpa pandang agama, ras, partai (politik). Ia memperjuangkan dihidupkannya kembali budaya etnis Cina. Intelektual dan budayawan muslim ini juga sering mengecam aksi kekerasan yang dilakukan oleh sebagian umat Islam. Ia menganjurkan, secara langsung (lewat pidato, misalnya) maupun melalui tulisan, bahwa lebih baik melakukan kritik, perlawanan dengan humor. Sebagai presiden keempat RI, ia membubarkan Departemen Penerangan dan Bakorstanas, nama baru untuk Kopkamtib, lembaga di luar struktur yang memiliki kekuasaan hampir tak terbatas. Pada masanyalah wartawan boleh masuk istana kepresidenan tanpa jas dan dasi, cukup berbatik lengan panjang.

Sedangkan Cak Nur suka mencetuskan gagasan untuk dipertimbangkan ketika orang dihadapkan pada masalah politik dan sosial (termasuk agama). Ketika kritik terhadap partai Islam ramai terdengar karena partai lebih mencari kursi di parlemen daripada memperjuangkan platform politik, muncul pernyataannya: "Islam yes, partai Islam no!" Ketika ada kecenderungan eksklusivisme dalam Islam, ia berceramah di Taman Ismail Marzuki tentang asal-usul kata "allah". Reaksi keras terdengar dan ia diundang untuk mendiskusikan antara lain masalah tersebut di Masjid Amir Hamzah. Cak Nur hadir tepat waktu, sang lawan tidak muncul, ternyata.

Jadi apa makna "guru bangsa"? Tak mudah menarik kesimpulan dari dua paparan tersebut. Mungkin kata "guru" bisa membantu. Kamus Besar Bahasa Indonesia edisi 2001 mengartikan "guru" sebagai orang yang berprofesi mengajar. Ada juga istilah "guru lagu" dan "guru suara" yang artinya sama: "bunyi sanjak akhir tertentu di setiap baris kalimat tembang macapat", dan "guru wilangan", jumlah suku kata tertentu pada tembang macapat. Bisa disimpulkan, makna "guru" di sini adalah orang atau sesuatu yang dijadikan pedoman. Tampaknya "guru bangsa" mengacu pada makna tersebut: seseorang yang bisa dijadikan pedoman atau teladan dalam hidup berbangsa.

Menyelisik lebih jauh asal kata "guru", makna keteladanan tampaknya lebih meyakinkan lagi. Kata ini datang dari bahasa Sanskerta, yang maknanya sangat mulia: orang yang dihormati karena memiliki pengetahuan luas, kebijaksanaan, dan otoritas dalam bidang tertentu, dan menggunakan yang dimiliki itu untuk menuntun orang lain. Menurut Wikipedia, akar kata guru adalah gu = kegelapan, dan ru = yang menghancurkan (kegelapan itu). Jadi, kurang lebih, guru adalah mereka yang memiliki kemampuan mengusir kegelapan dan menggantinya dengan kecerahan. Konotasi kegelapan dan kecerahan di sini rasanya lebih berkaitan dengan yang spiritual, bukan yang fisik.

Alhasil, makna "guru" memanglah sangat mulia. Guru bangsa tentunya tak terlepas dari makna yang mulia tersebut. Karena itu saya kira "guru bangsa" lebih sulit dikriteriakan daripada "bapak bangsa" yang lebih "terlihat": pejuang, perintis, pendiri negara republik. Bahkan dari negeri asal bahasa Sanskerta, tokoh yang begitu berwibawa bagi bangsa India, yang menggentarkan parlemen Inggris hanya dengan jubah dan terompahnya, yang melawan dengan berpuasa -Gandhi- pun tak diangkat sebagai "guru", melainkan "mahatma", sang jiwa besar. Kecuali kita hendak mereduksi makna "guru" menjadi seperti dalam ensiklopedia bahasa Inggris: guru adalah spiritual leader, religious teacher, maharishi, sage, spiritual guide, counse-lor. Tapi ini berarti banyak orang bisa disebut sebagai "guru". Tampaknya kita perlu pelit dalam memberikan sebutan. Atau, sebutan itu akan tanpa makna.

(Sumber: Bujono, Bambang. “Guru Bangsa.” Bahasa. TEMPO online. 15 Februari 2010)