Sejarah Tahun Baru Cina
Sejarah Tahun Baru Cina
bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah
Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.
Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya
menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan
mercun dan membakar bunga api siang dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina
adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina.
Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia
menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.
Tahun Baru Cina
melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari
tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan
dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada
tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan
nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah
rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan yang bersamaan
dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada
bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor
binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan,
bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk
mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan
dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia
bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir,
tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.
Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi
sifat dan untung nasib binatang tersebut.
Malam Tahun Baru Cina
Pada
malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di
rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan
kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam
tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik
panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan
bersama arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan
berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan
umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan
bermain ‘mah jong’ sebagai
hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah
malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru
bermula.
Apabila
hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan
memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan
sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’.
Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala
tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum
berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan
makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej,
kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua
dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang
diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.
Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang
diiringi bunyi gendang.
Chap Goh
Mei
Hari
kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang
pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi
perayaan
ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari
bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta
Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti
utama pada hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan
dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome?
Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada
ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu
kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan
tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara.
Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat
tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan
kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya,
burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya
diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah
digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh
kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam,
Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan
dan keagamaan.